Monday, 28 October 2013
konvo
HARI RAYA AIDIL ADHA
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh
Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke
Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka
Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami
biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah
bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang
lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha."
(Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam
yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban.
Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap
dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah
sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang
dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah
diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat
oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah
daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada
hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya.
Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum
darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang
bersih."
Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir
bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah
diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a
kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah
(Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa
ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan
berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa:
Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam
keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.
Wednesday, 9 October 2013
PIRAMID (tamadun Mesir Purba)
Piramid Agung Kufu merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu (nama Greek: Cheops; tempoh pemerintahan: 2606-2583 SM) daripada Wangsa Mesir Keempat. Arsiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun.
10 Fakta Menarik
1. Sebelum Masehi di dalam bahasa inggerisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini)
2. Ikan yu kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam masa 24 jam sahaja
3. Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman
4. Nama kereta Nissan berasal dari bahasa jepun Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23
5. Zirafah dan tikus boleh bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta
6. Perut memproduksi lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak tercerna organnya sendiri.
7. 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.
8. Semut dapat mengangkat beban 50 kali tubuhnya
9. Deklarasi Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana
10. Titik diatas huruf i disebut 'title'
Monday, 7 October 2013
KUCING DALAM ISLAM
Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah diMadinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.
Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.
Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)