ikan KELISA (arowana) ikan komersial

Ikan Kelisa (bahasa Inggeris: Arowana) juga dikenali sebagai
"Dragon Fish" atau "Bony-tongued Dragon" oleh sesetengah
masyarakat Cina serta para pengeksport/pengimport khususya, adalah spesis ikan
hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan
hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesies ini mampu mempamerkan keasliannya
sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi.Semua ikan kelisa mempunyai kepala yang agak bertulang, dan
badan memanjang yang dilitupi sisik besar dan berat dengan corak mozek terusan.
Sirip dorsal dan dubur mempunyai sinar lembut dan agak panjang, manakala sirip
pektoral dan ventral adalah kecil. Nama bony-tongue (lidah-tulang) berasal dari
tulang bergigi di dasar mulut ikan kelisa, 'lidah', yang menggigit kepada gigi
di lelangit mulut
. Digelar dragon (naga) pula kerana sisik dan sesungutnya yang
besar, menyerupai naga Cina. Ikan kelisa boleh mendapat oksigen dari udara
dengan menyedutnya ke dalam pundi renangnya, yang berkedut dengan kapilari seperti tisu peparu.
No comments:
Post a Comment