Wednesday, 18 December 2013

adab ambil wudhu'


Di antara adab-adab ketika mengambil wuduk adalah:-
 
1) Membersih mulut dan gigi seperti berkumur dan bersugi. Ianya amat dituntut dalam Islam. Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:

“Kalaulah tidak kerana menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi pada tiap-tiap kali sembahyang.”

2) Bersugi adalah sunat dengan menggunakan kayu sugi atau alat sugi yang boleh membersihkan (berus gigi). Seperti hadis Rasulullah SAW di atas, kita dapat lihat pentingnya bersugi sebelum berwuduk.

3) Sesudah itu, ambil wuduk dengan khusyuk tanpa lalai dan leka. Sesetengah ulama meminta supaya membaca doa di setiap anggota yang dibasuh dan disapu.

Ketika mengambil wuduk mulakan membaca:

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Hai Tuhan, aku minta berlindung dengan Engkau dari gangguan syaitan dan aku minta berlindung dengan Engkau, hai Tuhan dari mereka datang kepadaku.”

4) Membasuh dua tangan. Baca doa yang bermaksud: “Hai Tuhan, sesungguhnya aku meminta dari Engkau kesempurnaan dan keberkatan dan aku minta perlindungan dengan Engkau dari kecelakaan dan kebinasaan.”

5) Berkumur dan membaca doa yang bermaksud: “Hai Tuhan, tolonglah aku membaca kitab Engkau, banyak berzikir kepada Engkau dan tetapkanlah aku dengan kata-kata yang tetap di dunia dan di akhirat.”

6) Ketika memasukkan air ke dalam hidung, baca doa: “Hai Tuhan, berikan kepadaku bau-bauan syurga dan Engkau reda kepadaku.”

7) Ketika mengeluarkan air dari hidung hendaklah membaca doa: “Hai Tuhan, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari bauan neraka dan keseksaan neraka.”

8) Sesudah itu berniat mengambil wuduk, kemudian membasuh muka dan berdoa: “Hai Tuhan, bercahayalah mukaku dengan cahaya Engkau pada hari bercahayanya muka wali-wali Kamu dan janganlah kamu menggelapkan mukaku dengan kegelapan Engkau pada hari menjadi hitam muka musuh-musuh Kamu.”

9) Ketika membasuh tangan hingga ke siku, baca doa; bagi tangan kanan-Hai Tuhan, serahkanlah rekod amalanku melalui tangan kananku dan perhitungkanlah aku secara mudah.” Manakala ketika membasuh tangan kira, baca doa: “Hai Tuhan, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari Engkau serahkan buku rekodku melalui tangan kiriku atau dari belakang.”

10) Ketika menyapu kepala hendaklah kamu membaca: “Hai Tuhan, litupilah aku dengan rahmat Engkau, turunkan keberkatan Engkau kepada aku, lindungilah aku dibawah baying Arasy Engkau pada hari yang tidak ada sebarang perlindungan kecuali lindungan bayangan Engkau. Hai Tuhan, peliharalah rambutku dan kulitku daripada api neraka.”

11) Dan ketika menyapu dua telinga, bacalah: “Hai Tuhan, jadikanlah aku dari kalangan orang yang mendengar perkataan maka mengikut yang baiknya. Hai Tuhan perdengarkanlah aku malaikat yang menyeru ke syurga, di syurga bersama-sama orang yang baik-baik.”


Kemudian, ketika membasuh kaki kanan hendaklah membaca doa yang bermaksud: “Hai Tuhan, tetapkanlah kakiku di atas titian Siratul Mustaqim bersama tetapnya kaki hamba-hambamu yang soleh.”

Manakala ketika membasuh kaki kiri hendaklah membaca doa yang bermaksud: “Hai Tuhan, sesungguhnya aku minta berlindung dengan Engkau dari tergelincirnya kakiku di atas titian Sirat ke dalam neraka pada hari tergelincirnya kaki-kaki orang munafik dan musyrik.”

12) Dan akhir sekali, setelah selesai mengambil wuduk, membaca doa yang membawa maksud: Ya Allah, jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bertaubat, jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bersih dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang soleh.”
Dari Umar bin Khattab r.a, dari Nabi SAW., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud "Tidaklah salah orang di antara kamu berwuduk, maka ia sempurnakan wuduknya kemudian berkata, 'Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan kecuali Allah semata yang tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya,' kecuali dibukakan baginya delapan pintu syurga, ia boleh masuk dari mana sahaja yang dikehendakinya." (Hadis Riwayat Muslim )

Di dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

"Jika seorang hamba yang Muslim atau Mukmin berwuduk, ketika ia basuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya semua kesalahan yang dilihat dengan kedua matanya bersama air atau bersama titisan air terakhir. Jika membasuh kedua tangannya, keluarlah dari kedua tangannya semua kesalahan yang dilakukan tangannya bersama keluarnya air atau titisan terakhir air. Jika membasuh kedua kakinya, keluarlah semua kesalahan yang diperbuat kakinya bersama air atau titisan terakhir air, sampai ia selesai wuduk dalam keadaan bersih dari dosa."

LANGKAWI TUUU!!!


PULAU LANGKAWI




Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.

ASAL USUL  LANGKAWI
Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. [1]
Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi atau batu kapur. Lambakan Batu Kawi terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.

"Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama Masihi. Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).

ANTARA PULAU DI LANGKAWI
·         Pulau Dayang Bunting
·         Pulau Singa Besar
·         Pulau Tuba
·         Pulau Beras Basah
·         Pulau Kentut
·         Pulau Burau
·         Pulau Gasing
·         Pulau Rebak
·         Pulau Datai
·         Pulau Enggang
·         Pulau Intan
·         Pulau Langgun
·         Pulau Dendang
·         Pulau Cholong

laut tercantik dunia

Pantai La Minitas, Republik Dominica

Pantai yang terletak di Republik Dominica itu terkenal dengan kecantikan dan ketenangannya.
Bersih, jauh daripada sebarang pencemaran dan dikelilingi panorama indah, pengunjung pasti tidak akan menyesal sekiranya memilih republik itu sebagai destinasi percutian.
Pantai La Minitas hanya memakan masa 10 minit perjalanan dengan menggunakan bas shuttle. Ia merupakan lokasi terbaik bagi pengunjung yang suka berjemur dalam suasana privasi.
Biarpun kedudukannya agak terpencil, pengunjung tidak akan kelaparan kerana terdapat banyak restoran di sekelilingnya. Lebih menarik, terdapat perkhidmatan spa dan urutan yang ditawarkan di tepi pantai.
 
White Beach, Boracay, Filipina
Mempunyai pesisiran pantai yang halus memutih sepanjang lebih dua kilometer, White Beach atau Pantai Putih dianggap syurga bagi peminat-peminat aktiviti pantai di seluruh dunia.
Persekitarannya memukau dengan keaslian semula jadi yang tidak pernah terusik sejak 30 tahun lalu.
Dikelilingi perkampungan nelayan, ia menjanjikan kepuasan kepada pengunjung yang mahu merasai suasana percutian dalam iklim tropika.
Masa terbaik untuk berkunjung ke situ ialah ketika musim Amihan (monsun barat laut) bermula dari September hingga Jun. Ketika itu, suhunya agak sederhana dengan sedikit hujan dan angin sejuk yang lazim bertiup dari Timur.

DIKENALI sebagai Pantai Merah Santorini, lokasi istimewa ini menawarkan landskap dan panorama menakjubkan.

South Beach, Miami, Florida, Amerika Syarikat

Sejak sekian lama, South Beach menjadi pilihan pelancong yang mahu merasai imej mewah dan glamornya.

Bagaikan sebuah jenama yang tidak perlu diterjemahkan, pantai itu sesak dengan pengunjung yang mahu merasai budaya keriangan pantai ala Amerika. Selain itu, pantai tersebut menjadi tumpuan kerana kehadiran wanita-wanita seksi berpakaian mandi atau lelaki yang berotot sasa.

Dikelilingi ratusan hotel mewah, pusat membeli-belah, restoran dan kelab malam, ia menawarkan pelbagai aktiviti dan hiburan tanpa henti sehingga ke malam.

Sepanjang berada di situ juga pengunjung mungkin terserempak dengan selebriti Holywood kesayangan yang sedang memandu kereta mewah atau membeli-belah.

Pantai Merah Santorini, Akrotiri, Kepulauan Greece

Jika mahu menikmati percutian unik sambil menyaksikan landskap istimewa, Santorini Red Beach (Pantai Merah Santorini) berbaloi untuk dikunjungi.

Pertembungan warna biru air laut, rona merah daripada pasirnya yang halus dan puncak gunung berapi di sekelilingnya menghasilkan landskap unik dan tiada yang seumpamanya di dunia.

Biarpun kawasan pantainya agak kecil, namun ia sangat popular dan sering menjadi tumpuan pelancong untuk bersantai.

Perlu diingat, tiada sebarang kemudahan asas disediakan kecuali sebuah gerai yang menyewakan payung dan kerusi pantai. Anda perlu membawa makanan dan minuman sendiri sekiranya mahu berada di situ lebih lama.

Pantai Tulum, Mexico

Mexico sememangnya terkenal dengan keindahan bandar raya dan pantainya yang mempesona.

Terletak kira-kira 80 kilometer dari Cancun, Tulum terkenal sebagai kawasan yang menyimpan sejarah silam puak Maya satu ketika dahulu.

Di samping nilai sejarahnya yang hebat, ia juga memiliki pantai yang tidak kurang hebatnya, Pantai Tulum.

Pasir pantai yang halus memutih dan air laut yang jernih menjadi tarikan ideal bagi pelancong yang mahu berada jauh daripada kesesakan orang ramai dan hiruk-pikuk kota.

Pantai Arambol, Goa, India

Mudah untuk mengetahui mengapa Pantai Arambol yang terletak di wilayah Pernem, utara Goa, terus masyhur.

Mudah diakses dan terletak hanya satu jam pemanduan dari Lapangan Terbang Dabolim, Arambol yang terkenal dengan imej pasir berwarna kuning emas kekal sebagai antara rahsia yang masih belum diterokai sepenuhnya di India.


PANTAI yang bersih, jauh daripada pencemaran dan landskap tropika menghijau menjadi daya penarik di La Minitas, Republik Dominica.

Dikelilingi pokok-pokok palma dan kolam-kolam air tawar, ia menawarkan suasana percutian yang diidamkan oleh pelibur yang mencari ketenangan tropika.

Popularitinya telah menyebabkan pesisir pantainya meriah dengan binaan kafe dan restoran serta peniaga jalanan yang menjual pelbagai produk kraftangan.

Terdapat sebuah menara penyelamat pantai disediakan bagi menjami keselamatan pengunjung sepanjang berada di situ.
 
Pantai Teluk Hanalei, Kauai, Hawaii

Sekiranya suasana pantai dan landskap ala imej poskad menjadi syarat utama percutian anda pada masa hadapan, Hanalei Bay Beach (Pantai Teluk Hanalei) pasti tidak akan menghampakan.

Pantai teluknya yang berbentuk melengkung cukup indah dengan kehalusan pasir dan lautnya yang membiru.

Kehadiran air terjun serta gunung-ganang yang gah di sekelilingnya sudah cukup meletakkan Hanalei Bay Beach berada dalam kelas yang tersendiri.

Ia mungkin agak sesak terutama menjelang musim sejuk, bagaimanapun kelebihan yang ditawarkan pasti memberi kenangan manis yang sukar dilupakan.

Pulau Ocracoke, Carolina Utara, Amerika Syarikat

Sekiranya anda memilih percutian yang penuh privasi, sukar untuk menolak apa yang ditawarkan di Pulau Ocracoke.

Lokasinya yang agak terpencil membuatkan ia hanya dapat diakses menggunakan bot, feri atau kapal terbang persendirian.

Sepanjang bercuti di pulau itu, pengunjung bukan sahaja berpeluang menikmati kedamaian suasana pantainya malah bebas daripada pengaruh teknologi moden pada hari ini.

Ya, Ocracoke tidak dilengkapi jaringan talian telefon atau internet, maka sepanjang tempoh percutian di situ anda terlepas daripada gangguan yang menyesakkan fikiran.

Pulau itu juga turut menempatkan perkuburan tentera-tentera British yang terbunuh sewaktu Perang Dunia Kedua dahulu. Upacara peringatannya diadakan pada bulan Mei setiap tahun.

Pantai Ipanema, Rio de Janeiro, Brazil

 
PASIR pantai yang halus memutih menyebabkan White Beach menjadi idaman para penggemar aktiviti pantai di Filipina.

Terletak di selatan bandar raya Rio de Janeiro di antara Leblon dan Arpoador, Ipanema merupakan pantai yang popular di Brazil.

Sejak tahun 70-an lagi, namanya sering menjadi sebutan peminat-peminat aktiviti dari seluruh dunia.

Dikurniakan kawasan pantai yang luas, Ipanema Beach bukan sekadar lokasi bermandi-manda.

Ia juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti bola tampar pantai dan bola sepak pantai yang sememangnya sinonim di negara Latin itu.

Pada musim sejuk, ombaknya mampu mencecah ketinggian 0.3 meter sekali gus menjadi tumpuan dalam kalangan peluncur-peluncur ombak yang mahu menguji skil masing-masing.

Populariti yang diraihnya juga menyebabkan namanya diabadikan dalam judul lagu The Girl From Ipanema, karya Antonio Carlos Jobim dan Vinicius de Moraes.




wow air terjun






9 Gambar amazing ~Antara Air Terjun Yang Tercantik Di Dunia

Air Terjun Niagara terletak di sempadan Canada dan USA. Walaupun bukan dalam kategori tertinggi atau terlebar, namun ia dianggap air terjun tercantik terdapat di mukabumi. Menjadi tarikan pelancong paling popular, Air Terjun Niagara juga dikenali sebagai "Honeymoon Capital of the World".

Dengan ketinggian 979 meter, Air Terjun Angel di Venezuela merupakan air terjun paling tinggi di dunia. Memandangkan tiada perhubungan jalanraya, ia hanya dapat dilawati dengan menggunakan bot atau ekspedisi berjalan-kaki.
 
Air Terjun Victoria adalah antara paling cantik  di dunia. Airnya yang menderu turun membasahi hutan hijau berserta kehadiran hidupan liar menimbulkan satu pemandangan yang mengasyikkan
 

Air terjun terbesar di benua Eropah dan tercantik di Iceland, Gullfoss Falls menjadi bualan dalam cerita dan misteri masyarakat tempatan. Ia juga punca pembentukan 'Golden Circle', tempat di mana terdapat kumpulan geiser (pancutan air panas) dan kolam air panas yang menjadi tumpuan pelancong.

 
Sesuai dengan namanya,Upside Down Falls yang terletak di Gunung Konahuanu, pulau Oahu, Hawaii sangat unik. Ini kerana apabila menerima hujan yang mencukupi, air terjunnya hanya sempat turun beberapa meter sahaja. Angin kencang di kawasan gunung akan meniup air yang turun ke bawah menjadi titisan kecil berterbangan ke atas

 
Kerap dipaparkan dalam poskad sebagai tarikan destinasi pelancongan benua Eropah, keindahan Giessbach Waterfalls di Switzerland kekal popular hingga ke hari ini. Pemandangan bertambah indah bila ia dikelilingi oleh tasik berair jernih bak kristal dan gunung ganang yang diliputi salji.

 
Lower Falls berada di tepi sungai Yellowstone dalam kawasan terkenal Grand Canyon, USA. Dengan dikelilingi oleh batu-batu gunung berapi dan kawasan pergunungan, ia menawarkan pemandangan yang cukup indah.
 

Aspat River Falls terletak di kawasan iklim sejuk daerah Kodar, Russia. Pengunjung yang datang ke sini akan terpukau dengan keindahan rupabentuk air terjunnya. Kerana memiliki permukaan cerun yang curam, Stalin pernah mendirikan kem tahanan di sekitar kawasan tersebut

 


JALUR GEMILANG




Semasa hayatnya, Mohamed Hamzah merahsiakan beliaulah pencipta Jalur Gemilang, hingga ramai temannya sendiri tidak mengetahui perkara itu. Hanya selepas kematiannya pada 1993, barulah adik beliau, Abu Bakar Hamzah (gambar), sekarang 73, mendedahkan secara terbuka perihal abangnya itu.
Jalur Gemilang menurutnya, mula dicipta pada 1947 apabila pemerintah masa itu mengadakan pertandingan mereka bendera Persekutuan Tanah Melayu. Mohamed yang ketika itu berusia 29 tahun tidak mahu melepaskan peluang keemasan tersebut untuk menonjolkan bakat melukisnya.
Bekas kakitangan Jabatan Kerja Raya Johor itu memang berbakat dalam bidang seni lukis dan sanggup menghabiskan masa berjam-jam menyiapkan sesebuah lukisan. “Saya masih ingat Allahyarham yang tamat persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) mengambil masa dua minggu mereka empat lakaran bendera untuk dihantar ke Kuala Lumpur.
“Dia tersenyum lebar ketika lakaran bendera diciptanya dipilih dan dipaparkan dalam akhbar-akhbar tempatan,” katanya. JALUR Gemilang telah dibawa ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) oleh angkasawan negara tahun lalu. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993, 14 hari sebelum genap usia 75 tahun di rumah keluarganya di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.
Allahyarham pernah meminta adiknya Abu Bakar untuk merahsiakan dirinya pencipta Jalur Gemilang dan biarlah masyarakat mengetahuinya sendiri. Namun setelah meninggal dunia, banyak pihak tidak bertanggungjawab mengaku mencipta Jalur Gemilang membuatkannya tampil bercerita kisah sebenar meskipun memungkiri janji kepada abangnya.
Kini, perkara itu telah terungkai tetapi Abu Bakar masih memendam rasa kecewa berikutan Allahyarham masih belum menerima pengiktirafan sewajarnya. “Jalur Gemilang sudah sampai ke angkasa lepas malah yang membawanya turut mendapat pengiktirafan tinggi tetapi pencipta bendera bagai dipinggirkan,” katanya.
Ditanya mengenai bangunan terakhir yang direka Allahyarham, Abu Bakar berkata, dia tidak mengingatinya kerana terlalu banyak yang direka bentuk oleh Allahyarham. Antaranya bangunan Dewan Jubli Intan, Menara Johor. Bagi mengenang jasa abangnya, beliau dan saudara-mara mengadakan kenduri arwah setiap Ogos serta melawat pusaranya di Kebun Teh, Johor Bahru.
Allahyarham mendirikan rumah tangga empat kali dan terakhir bersama Robani Daud. Mereka dikurniakan seorang anak, Mariam serta empat anak angkat; Khadijah, Azizah, Mohd. Ali dan Mohd. Seth. Bagi Abu Bakar, bendera itu melambangkan kedaulatan negara. Sebab itulah beliau sedih apabila Jalur Gemilang tidak dihormati.
Antara isu menyedihkan termasuklah ia dipasang terbalik, sudah lusuh atau koyak. “Saya pernah memarahi individu yang sengaja mengibarkan bendera separuh tiang,” katanya.