Pertama. Untuk orang yang bertakwa.
Firman Allah SWT yang
bermaksud: ‘Dan bersegeralah kamu semua menuju keampunan daripada Tuhanmu dan
juga menuju syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, disediakan untuk
orang-orang bertakwa’. (Surah Ali ‘Imran, ayat 133).
Kedua : Untuk orang yang mendapat keampunan Allah SWT dan yang
beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya.
Firman Allah SWT maksudnya : "Berlumba-lumbalah kamu
untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit
dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan
Rasul-rasulnya." (Surah al-Hadid ayat 21)
Firman Allah SWT yang bermaksud: ‘Adapun orang-orang yang
beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka syurga-syurga sebagai tempat mereka
kembali’. (Surah al Sajdah, ayat 19).
Keempat : Untuk orang takut kepada Allah dan tidak mengikut
hawa nafsu.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "dan adapun orang yang
takutkan kedudukan Tuhannya dan menahan kemahuan dirinya daripada mengikut hawa
nafsu, maka sesungguhnya syurga adalah tempat kembali baginya" (Surah
al-Naazi'at ayat 40)
Kelima : Untuk orang yang bertaubat dan beramal soleh.
Di dalam surah Ghafir, Allah SWT menceritakan tentang doa yang
dipohon oleh malaikat kepada orang-orang yang beriman maksudnya : "Wahai
Tuhan kami, Engkau meliputi semua perkara dengan rahmatMu dan ilmuMu. Maka
ampunkanlah orang-orang yang bertaubat dan mengikut jalanMu dan jauhilah mereka
daripada azab neraka. Wahai Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam
syurga-syurga Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan kepada
orang-orang yang soleh dari kalangan bapa-bapa mereka, isteri-isteri mereka dan
zuriat mereka. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana"
(Surah Ghafir ayat 7-8)
Keenam : Untuk orang mukmin yang mengikuti cara kehidupan sahabat-sahabat
Rasulullah SAW iaitu Muhajirin dan Ansar.
Firman Allah SWT yang
bermaksud: "Dan orang-orang yang terdahulu daripada kalangan Muhajirin dan
Ansor dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah telah reda
kepada mereka dan mereka juga telah reda kepada Allah. Dan Allah telah sediakan
untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai. Mereka
kekal di dalamnya. Itulah kejayaan yang besar" (Surah al-Taubah ayat 100)
Ketujuh : Orang yang menyeru kepada kebaikan dan mendapat
keampunan daripada Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Mereka (orang-orang
kafir) mengajak ke neraka, sedang Allah menyeru (manusia) ke syurga dan
keampunan dengan izinNya". (Surah al-Baqarah ayat 221)
Kelapan : Orang yang berjaya dipilih oleh Allah SWT untuk
dijauhkan daripada neraka (menjauhkan diri daripada dosa-dosa besar dan kecil).
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Barangsiapa dijauhkan
daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah
berjaya". (Surah Ali Imran ayat 185)
Kesembilan : Orang yang infak dan bersedekah hartanya di jalan
Allah SWT dan berjihad di jalan-Nya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah
telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan
mereka syurga. Mereka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh atau
terbunuh. Itu telah menjadi janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil
dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janji selain daripada Allah?
Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah
kemenangan yang besar".(Surah at-Taubah ayat 111)
Kesepuluh : Orang yang berbahagia (diampunkan dosa-dosanya dan
mendapat rahmat Allah SWT) di sisi Allah
SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Adapun orang yang
berbahagia (di akhirat) maka tempatnya di dalam syurga". (Surah Hud ayat
108)
Kesebelas : Orang yang berhikmah (berilmu) dan beramal
soleh.
Nabi Ibrahim a.s berdoa kepada Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam
golongan orang-orang yang soleh. Dan jadikanlah aku bahan percakapan yang baik
bagi orang-orang yang datang kemudian. Dan jadikanlah aku di kalangan
orang-orang yang mempusakai syurga yang penuh kenikmatan". (Surah
asy-Syu'ara ayat 83-85)
Kedua belas : Orang yang sabar ketika berhadapan dengan orang
yang zalim.
Di dalam surah al Tahrim, ayat 11 tendapat doa isteri Firaun
yang solehah. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Allah menjadikan
isteri Firaun sebagai perumpamaan bagi orang-orang yang beriman. Ketika ia
berkata: 'Ya Tuhanku, binalah untukku sebuah rumah di sisiMu di dalam syurga.
Dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku
dari kaum yang zalim'.". (Surah at-Tahrim ayat 11)
Ketiga belas : Orang
yang memiliki jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah)
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai jiwa yang tenang,
kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah
ke dalam golongan hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu".(Surah
al-Fajr ayat 30)
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita berusaha untuk memenuhi 13 ciri-ciri
ahli syurga yang terdapat di dalam al-Quran. Iaitu orang yang beriman, beramal
soleh, bertaubat, berbahagia, bersedekah, berjihad, menyeru kepada kebaikan,
berilmu, bersabar , tidak mengikuti hawa nafsu dan jiwa yang tenang
(mutmainnah).
Untuk memenuhi ciri-ciri tersebut perlulah kepada proses
tarbiah imaniah yang akan mendidik hati dan jiwa kita untuk sentiasa beriman
dan berhubung denga Allah SWT. Kita perlu istiqamah dengan Islam dan yakin
dengan janji-janji Allah SWT kerana sesungguhnya Dia tidak akan memungkiri
janji-janji-Nya. Sesungguhnya sesiapa yang terpilih memasuki syurga Allah SWT
dia adalah orang-orang yang amat beruntung.
No comments:
Post a Comment