Rasulullah SAW sememangnya menggalakkan sahabat-sahabatnya
bersukan atau riadah dan baginda pernah menyaksikan aktiviti bersukan mereka
bersama-sama Aisyah r.ha.
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Aisyah r.ha
berkata, (maksudnya), "Sesungguhnya aku telah melihat Nabi SAW menutupku
dengan kain selendangnya dan (ketika itu) aku sedang melihat orang Habsyah
bermain di masjid sehingga aku membuatnya jemu."
Sukan boleh menjadi suatu ibadah dan mendapat pahala
sekiranya kita menjaga adab-adabnya. Antara adab-adab yang perlu dipraktikkan
ialah :
1. Niat untuk merai keredaan Allah.
2. Permainan yang tidak menyalahi syarak.
3. Berpakaian menutup aurat. Tidak ketat sehingga
menampakkan susuk tubuh dan tidak jarang.
4. Permainan yang tidak melibatkan perjudian seperti mempertaruhkan
wang dan seumpamanya.
5. Tidak lalai sehingga meninggalkan kewajipan seperti
solat.
6. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan.
Agak malang, kebanyakan sukan yang dipraktikkan masa kini
tidak menghiraukan aturan syariat yang disebutkan di atas. Contohnya , sukan
wanita seperti renang, gimnastik, tarian dan lumba lari yang kebanyakannya
mengenakan pakaian yang mendedahkan aurat, di samping bebas disaksikan oleh
kaum lelaki.
Bersukan yang sepatutnya mendapat keredaan Allah
sebaliknya menempah kemurkaan Allah SWT.
No comments:
Post a Comment