9 Gambar amazing ~Antara Air Terjun Yang Tercantik Di Dunia
Air Terjun Niagara terletak di sempadan Canada dan USA.
Walaupun bukan dalam kategori tertinggi atau terlebar, namun ia dianggap air
terjun tercantik terdapat di mukabumi. Menjadi tarikan pelancong paling
popular, Air Terjun Niagara juga dikenali sebagai "Honeymoon Capital of
the World".
Dengan ketinggian 979 meter, Air Terjun Angel di Venezuela
merupakan air terjun paling tinggi di dunia. Memandangkan tiada perhubungan
jalanraya, ia hanya dapat dilawati dengan menggunakan bot atau ekspedisi
berjalan-kaki.
Air Terjun Victoria adalah antara paling cantik di dunia. Airnya yang menderu turun membasahi
hutan hijau berserta kehadiran hidupan liar menimbulkan satu pemandangan yang
mengasyikkan
Air terjun terbesar di benua Eropah dan tercantik di
Iceland, Gullfoss Falls menjadi bualan dalam cerita dan misteri masyarakat
tempatan. Ia juga punca pembentukan 'Golden Circle', tempat di mana terdapat
kumpulan geiser (pancutan air panas) dan kolam air panas yang menjadi tumpuan
pelancong.
Sesuai dengan namanya,Upside Down Falls yang terletak di
Gunung Konahuanu, pulau Oahu, Hawaii sangat unik. Ini kerana apabila menerima
hujan yang mencukupi, air terjunnya hanya sempat turun beberapa meter sahaja.
Angin kencang di kawasan gunung akan meniup air yang turun ke bawah menjadi
titisan kecil berterbangan ke atas
Kerap dipaparkan dalam poskad sebagai tarikan destinasi
pelancongan benua Eropah, keindahan Giessbach Waterfalls di Switzerland kekal
popular hingga ke hari ini. Pemandangan bertambah indah bila ia dikelilingi
oleh tasik berair jernih bak kristal dan gunung ganang yang diliputi salji.
Lower Falls berada di tepi sungai Yellowstone dalam kawasan
terkenal Grand Canyon, USA. Dengan dikelilingi oleh batu-batu gunung berapi dan
kawasan pergunungan, ia menawarkan pemandangan yang cukup indah.
Aspat River Falls terletak di kawasan iklim sejuk daerah
Kodar, Russia. Pengunjung yang datang ke sini akan terpukau dengan keindahan
rupabentuk air terjunnya. Kerana memiliki permukaan cerun yang curam, Stalin
pernah mendirikan kem tahanan di sekitar kawasan tersebut
No comments:
Post a Comment