DATO SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR
Nama Penuh : Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh
Mustapha
Tarikh Lahir : 27 Julai 1972
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Keluarga : Beliau merupakan anak ke tiga daripada lima orang
adik-beradik.
Status : Berkahwin pada 10/10/2010
Isteri : Datin Dr. Halina Mohd. Yunos
Pendidikan : Menamatkan pendidikan sekolah tinggi di Maktab Rendah
Sains MARA Muar. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya melalui ijazah
perubatan MBBS di Kolej Perubatan Kasturba, Manipal, India.
Kerjaya :
Beliau menjadi doktor ortopedik, dan menjadi pensyarah perubatan
pelatih di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Sebelum itu,
beliau berkhidmat di Hospital Seremban (1998), Hospital Besar Kuala Lumpur
(1999) dan Hospital Selayang (2000-2001).
Beliau juga merupakan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa
lepas setelah diumumkan oleh Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 25
September 2007 (Selasa) tepat jam 12.00 tengah hari.
Selain itu, beliau juga merupakan penceramah dan model di
kebanyakan iklan komersial seperti Ikea, HSBC, Fair & Lovely, Febreeze,
Indocafe & Dettol.
Misi angkasawan Malaysi a
Beliau berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Beliau menyertai program ini di bawah perjanjian bersama Russia menerusi program Angkasawan, dan telah kembali ke Bumi bersama ahli-ahli Ekspedisi 15, Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov selepas sembilan hari berada di stesen berkenaan.
Misi selama 11 hari ini telah berjaya dilangsungkan dari 10
Oktober 2007 jam 9.21 malam waktu Malaysia dan selamat kembali ke bumi pada 21
Oktober 2007 pada jam 6.44 petang waktu Malaysia.
Beliau merupakan orang Islam pertama yang menjalani ibadah
berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di angkasa lepas. Semasa sidang
akhbar NASA dengan ahli-ahli Ekspedisi 16 pada 23 Julai 2007, Shukor menyatakan
bahawa beliau berharap untuk membawa pelbagai kultur sel hidupan untuk
dipelajari semasa penerbangannya.
No comments:
Post a Comment