Pantai La
Minitas, Republik Dominica
Pantai yang
terletak di Republik Dominica itu terkenal dengan kecantikan dan ketenangannya.
Bersih, jauh
daripada sebarang pencemaran dan dikelilingi panorama indah, pengunjung pasti
tidak akan menyesal sekiranya memilih republik itu sebagai destinasi percutian.
Pantai La
Minitas hanya memakan masa 10 minit perjalanan dengan menggunakan bas shuttle.
Ia merupakan lokasi terbaik bagi pengunjung yang suka berjemur dalam suasana
privasi.
Biarpun
kedudukannya agak terpencil, pengunjung tidak akan kelaparan kerana terdapat
banyak restoran di sekelilingnya. Lebih menarik, terdapat perkhidmatan spa dan
urutan yang ditawarkan di tepi pantai.
White Beach,
Boracay, Filipina
Mempunyai
pesisiran pantai yang halus memutih sepanjang lebih dua kilometer, White Beach
atau Pantai Putih dianggap syurga bagi peminat-peminat aktiviti pantai di
seluruh dunia.
Persekitarannya
memukau dengan keaslian semula jadi yang tidak pernah terusik sejak 30 tahun
lalu.
Dikelilingi
perkampungan nelayan, ia menjanjikan kepuasan kepada pengunjung yang mahu
merasai suasana percutian dalam iklim tropika.
Masa terbaik
untuk berkunjung ke situ ialah ketika musim Amihan (monsun barat laut) bermula
dari September hingga Jun. Ketika itu, suhunya agak sederhana dengan sedikit
hujan dan angin sejuk yang lazim bertiup dari Timur.
DIKENALI
sebagai Pantai Merah Santorini, lokasi istimewa ini menawarkan landskap dan
panorama menakjubkan.
South Beach,
Miami, Florida, Amerika Syarikat
Sejak sekian
lama, South Beach menjadi pilihan pelancong yang mahu merasai imej mewah dan
glamornya.
Bagaikan sebuah
jenama yang tidak perlu diterjemahkan, pantai itu sesak dengan pengunjung yang
mahu merasai budaya keriangan pantai ala Amerika. Selain itu, pantai tersebut
menjadi tumpuan kerana kehadiran wanita-wanita seksi berpakaian mandi atau
lelaki yang berotot sasa.
Dikelilingi
ratusan hotel mewah, pusat membeli-belah, restoran dan kelab malam, ia
menawarkan pelbagai aktiviti dan hiburan tanpa henti sehingga ke malam.
Sepanjang
berada di situ juga pengunjung mungkin terserempak dengan selebriti Holywood
kesayangan yang sedang memandu kereta mewah atau membeli-belah.
Pantai Merah
Santorini, Akrotiri, Kepulauan Greece
Jika mahu
menikmati percutian unik sambil menyaksikan landskap istimewa, Santorini Red
Beach (Pantai Merah Santorini) berbaloi untuk dikunjungi.
Pertembungan
warna biru air laut, rona merah daripada pasirnya yang halus dan puncak gunung
berapi di sekelilingnya menghasilkan landskap unik dan tiada yang seumpamanya
di dunia.
Biarpun kawasan
pantainya agak kecil, namun ia sangat popular dan sering menjadi tumpuan
pelancong untuk bersantai.
Perlu diingat,
tiada sebarang kemudahan asas disediakan kecuali sebuah gerai yang menyewakan
payung dan kerusi pantai. Anda perlu membawa makanan dan minuman sendiri
sekiranya mahu berada di situ lebih lama.
Pantai Tulum,
Mexico
Mexico
sememangnya terkenal dengan keindahan bandar raya dan pantainya yang mempesona.
Terletak
kira-kira 80 kilometer dari Cancun, Tulum terkenal sebagai kawasan yang
menyimpan sejarah silam puak Maya satu ketika dahulu.
Di samping
nilai sejarahnya yang hebat, ia juga memiliki pantai yang tidak kurang
hebatnya, Pantai Tulum.
Pasir pantai
yang halus memutih dan air laut yang jernih menjadi tarikan ideal bagi
pelancong yang mahu berada jauh daripada kesesakan orang ramai dan hiruk-pikuk
kota.
Pantai Arambol,
Goa, India
Mudah untuk
mengetahui mengapa Pantai Arambol yang terletak di wilayah Pernem, utara Goa,
terus masyhur.
Mudah diakses
dan terletak hanya satu jam pemanduan dari Lapangan Terbang Dabolim, Arambol
yang terkenal dengan imej pasir berwarna kuning emas kekal sebagai antara
rahsia yang masih belum diterokai sepenuhnya di India.
PANTAI yang
bersih, jauh daripada pencemaran dan landskap tropika menghijau menjadi daya
penarik di La Minitas, Republik Dominica.
Dikelilingi
pokok-pokok palma dan kolam-kolam air tawar, ia menawarkan suasana percutian
yang diidamkan oleh pelibur yang mencari ketenangan tropika.
Popularitinya
telah menyebabkan pesisir pantainya meriah dengan binaan kafe dan restoran
serta peniaga jalanan yang menjual pelbagai produk kraftangan.
Terdapat sebuah
menara penyelamat pantai disediakan bagi menjami keselamatan pengunjung
sepanjang berada di situ.
Pantai Teluk
Hanalei, Kauai, Hawaii
Sekiranya
suasana pantai dan landskap ala imej poskad menjadi syarat utama percutian anda
pada masa hadapan, Hanalei Bay Beach (Pantai Teluk Hanalei) pasti tidak akan
menghampakan.
Pantai teluknya
yang berbentuk melengkung cukup indah dengan kehalusan pasir dan lautnya yang
membiru.
Kehadiran air
terjun serta gunung-ganang yang gah di sekelilingnya sudah cukup meletakkan
Hanalei Bay Beach berada dalam kelas yang tersendiri.
Ia mungkin agak
sesak terutama menjelang musim sejuk, bagaimanapun kelebihan yang ditawarkan
pasti memberi kenangan manis yang sukar dilupakan.
Pulau Ocracoke,
Carolina Utara, Amerika Syarikat
Sekiranya anda
memilih percutian yang penuh privasi, sukar untuk menolak apa yang ditawarkan
di Pulau Ocracoke.
Lokasinya yang
agak terpencil membuatkan ia hanya dapat diakses menggunakan bot, feri atau
kapal terbang persendirian.
Sepanjang
bercuti di pulau itu, pengunjung bukan sahaja berpeluang menikmati kedamaian
suasana pantainya malah bebas daripada pengaruh teknologi moden pada hari ini.
Ya, Ocracoke
tidak dilengkapi jaringan talian telefon atau internet, maka sepanjang tempoh
percutian di situ anda terlepas daripada gangguan yang menyesakkan fikiran.
Pulau itu juga
turut menempatkan perkuburan tentera-tentera British yang terbunuh sewaktu
Perang Dunia Kedua dahulu. Upacara peringatannya diadakan pada bulan Mei setiap
tahun.
Pantai Ipanema,
Rio de Janeiro, Brazil
PASIR pantai
yang halus memutih menyebabkan White Beach menjadi idaman para penggemar
aktiviti pantai di Filipina.
Terletak di
selatan bandar raya Rio de Janeiro di antara Leblon dan Arpoador, Ipanema
merupakan pantai yang popular di Brazil.
Sejak tahun
70-an lagi, namanya sering menjadi sebutan peminat-peminat aktiviti dari
seluruh dunia.
Dikurniakan
kawasan pantai yang luas, Ipanema Beach bukan sekadar lokasi bermandi-manda.
Ia juga
dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti bola tampar pantai dan bola sepak
pantai yang sememangnya sinonim di negara Latin itu.
Pada musim
sejuk, ombaknya mampu mencecah ketinggian 0.3 meter sekali gus menjadi tumpuan
dalam kalangan peluncur-peluncur ombak yang mahu menguji skil masing-masing.
Populariti yang
diraihnya juga menyebabkan namanya diabadikan dalam judul lagu The Girl From
Ipanema, karya Antonio Carlos Jobim dan Vinicius de Moraes.
No comments:
Post a Comment