Definisi kawan dan sahabat kadangkala dianggap mengelirukan
bagi sesetengah individu. Berikut adalah definisi atau maksud bagi istilah
sahabat, kawan, rakan dan kenalan.
Sahabat
Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab
terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain,
sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan
yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang
banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.
Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu
apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan
kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang
mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.
Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang
sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya.
Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada
bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah
orang-orang yang sangat menyayangi kita.
Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat
mereka akan sentiasa ada bersama kita.
Kawan
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu
perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan
dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan
kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.
Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira,
berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui
individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat
dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan
terhibur apabila berada bersama-sama kawan .
Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan,
tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah,
sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.
Rakan
Rakan ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan
ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas,
matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan,
kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, ada rakan satu
tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.
Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama.
Contohnya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas, boleh membuat
tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan, bekerjasama dengan
rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola
sepak, dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan
sebagainya.
Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap
sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula
rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.
Kenalan
Kenalan mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan
chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila mengenali seseorang itu dalam
bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan adalah orang
yang pernah berinteraksi dengan kita tetapi tidak dapat mengesahkan identiti
atau kewujudan sebenarnya. Kita perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber
kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti
yang kita pernah kenal di internet.
Kenalan boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka
kepada menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang
lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud
sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi
kebaikan kepada menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah
No comments:
Post a Comment