PULAU
LANGKAWI
Langkawi
merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia.
Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya
dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri
sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia.
Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi
merupakan yang terbesar.
ASAL USUL LANGKAWI
Nama Langkawi
ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang"
diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Ini dapat dibuktikan
dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan
tempat di Langkawi antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan
seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah
burung helang merah kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang tersebut
mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. [1]
Kawi juga
beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa.
Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi atau batu
kapur. Lambakan Batu Kawi terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di
Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.
"Kawi"
dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan
bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk
perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
Dipercayai
bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber
sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China
(500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada
kurun pertama Masihi. Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed
Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut
menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan
"Wi" (tidak terkira).
ANTARA PULAU
DI LANGKAWI
·
Pulau
Dayang Bunting
·
Pulau
Singa Besar
·
Pulau
Tuba
·
Pulau
Beras Basah
·
Pulau
Kentut
·
Pulau
Burau
·
Pulau
Rebak
·
Pulau
Datai
·
Pulau
Enggang
·
Pulau
Intan
·
Pulau
Langgun
·
Pulau
Dendang
·
Pulau
Cholong
No comments:
Post a Comment